Powered By Blogger

Friday, September 3, 2010

Sambutan Ambang Merdeka 2010






Sambutan Ambang Merdeka 2010 telah berlangsung dengan jayanya. Sambutan kali ini lebih menjurus kepada nilai menginsafi, mensyukuri dan menghargai nikmat serta perjuangan wira-wira bangsa.

Sambutan dimulakan dengan Majlis berbuka puasa seterusnya solat maghrib berjemaah. Selesai solat maghrib, bacaan tahlil diadakan bagi memperingati pejuang-pejuang bangsa yang telah terkorban.

Selesai solat isya dan terawih, para pelajar dan guru berkumpul untuk menonton filem Hati Malaya. Sekalung penghargaan kepada Biro Tatanegara Kepala Batas atas kerjasama yang diberikan. Tepat jam 12 tengah malam, para guru yang diketuai oleh Tuan Haji Md Sharif Daros bersama - sama pelajar melaungkan "Merdeka" sebanyak 7 kali sebagai memperingati tarikh keramat sambutan kemerdekaan ke53.

Program diteruskan dengan program Qiyamullail bersama pelajar asrama sebagai proses pemantapan roh dan jiwa rakyat yang merdeka diketuai oleh Ustaz Rizal. Selesai solat Subuh berjemaah. Sheikh Rizal sekali lagi bermurah hati untuk menyampaikan kuliah subuh. Pelajar bersurai pada jam 7 pagi dan bersedia untuk menonton lintas langsung sambutan hari kemerdekaan peringkat kebangsaan

Prasarana baru SMK Tunku Anum


Sehingga 31 Ogos 2010, trek sintetik 400m dan dewan serbaguna sudah hampir 70% siap ... diharap dengan wujudnya kemudahan ini mutu sukan olahraga dan permainan lain dapat dipertingkatkan

Johan Liga KPM Bawah 14 dan 16 tahun


Pasukan B16 tahun SMK Tunku Anum dibimbing oleh jurulatih berpengalaman En Mohamad Zaini Othman telah bejaya menewaskan pasukan SMK Seberang Temerloh dari Pahang dengan jaringan 2 -1. Keputusan ini sangat bermakna buat En Zaini setelah pada tahun 2008 pasukan ini menjadi naib johan dan pada tahun 2009 terkandas di peringkat separuh akhir.

Manakala pasukan bawah 14 tahun pula telah berjaya menewaskan pasukan SMK Bukit Nenas dari Terengganu dengan jaringan 3 - 2.

Persaraan Tuan Haji Abu Bakar


Tuan Haji Abu Bakar bin Yaakub mula berkhidmat di SMK Tunku Anum sebagai pengetua pada 8 Jun 2008 dan telah bersara wajib pada 3 Ogos 2010.

Sepanjang perkhidmatan beliau di SMK Tunku Anum, beliau telah banyak mengurus dan membentuk kejayaan kepada SMK Tunku Anum. Antara kejayaan yang paling berharga ialah kejayaan pasukan bolasepak SMK Tunku Anum menjuarai Liga KPM 2010 bagi kategori bawah 14 dan 16 tahun. 13 orang pelajar dari SMK Tunku Anum juga terpilih mewakili Malaysia ke pertandingan Bolasepak Piala Perdana Machester United di England. Manakala bagi sukan olahraga pula seramai 8 orang pelajar telah mewakili Kedah ke Kejohanan MSSM 2010 di Johor dan 3 orang pelajar telah mewakili Malaysia ke kejohanan Little Athletics di Singapura. Bagi permainan bola jaring dan sepak takraw pula telah berjaya menjadi juara di peringkat daerah, manakala 8 orang pemain sepak takraw telah terpilih mewakili Kedah ke Kejohanan Sepak Takraw MSSM 2010 di Kelantan

Dalam aspek akademik pula, beliau berjaya memimpin guru dan pelajar untuk menduduki tempat ke 4 bagi keputusan PMR 2009 di belakang SMSAH, SMK Jitra, SMK BB Darulaman. Manakala pencapaian bagi SPM pula terus meningkat dan seramai 24 orang pelajar STPM telah terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA pada tahun 2010.

Wednesday, May 26, 2010

Atlet SMK Tunku Anum di Kejohanan Balapan dan Padang MSSM 2010

Sekolah Sukan Negeri Kedah terus mempamerkan aksi memberangsangkan dalam kejohanan kali ini. Meskipun menghantar 8 orang atlet mewakili negeri Kedah, atlet SSN Kedah masih mampu menyumbang pingat yang sangat berharga buat negeri Kedah.

Dalam kejohanan 4 hari itu, 2 orang atlet berjaya memperbaiki catatan peribadi dan menyumbang 1 perak dan 1 gangsa buat kontinjen.

The Special One

Salam sejahtera. Blog ini merupakan satu ruang untuk kita berkongsi kemahiran, pengetahuan, teknik dan sebagai satu medium untuk kita memajukan diri ... The Special One is a medium for some unique ideas and agenda.