Powered By Blogger

Friday, September 3, 2010

Persaraan Tuan Haji Abu Bakar


Tuan Haji Abu Bakar bin Yaakub mula berkhidmat di SMK Tunku Anum sebagai pengetua pada 8 Jun 2008 dan telah bersara wajib pada 3 Ogos 2010.

Sepanjang perkhidmatan beliau di SMK Tunku Anum, beliau telah banyak mengurus dan membentuk kejayaan kepada SMK Tunku Anum. Antara kejayaan yang paling berharga ialah kejayaan pasukan bolasepak SMK Tunku Anum menjuarai Liga KPM 2010 bagi kategori bawah 14 dan 16 tahun. 13 orang pelajar dari SMK Tunku Anum juga terpilih mewakili Malaysia ke pertandingan Bolasepak Piala Perdana Machester United di England. Manakala bagi sukan olahraga pula seramai 8 orang pelajar telah mewakili Kedah ke Kejohanan MSSM 2010 di Johor dan 3 orang pelajar telah mewakili Malaysia ke kejohanan Little Athletics di Singapura. Bagi permainan bola jaring dan sepak takraw pula telah berjaya menjadi juara di peringkat daerah, manakala 8 orang pemain sepak takraw telah terpilih mewakili Kedah ke Kejohanan Sepak Takraw MSSM 2010 di Kelantan

Dalam aspek akademik pula, beliau berjaya memimpin guru dan pelajar untuk menduduki tempat ke 4 bagi keputusan PMR 2009 di belakang SMSAH, SMK Jitra, SMK BB Darulaman. Manakala pencapaian bagi SPM pula terus meningkat dan seramai 24 orang pelajar STPM telah terpilih untuk melanjutkan pelajaran ke IPTA pada tahun 2010.

No comments:

Post a Comment